• IP addresses are NOT logged in this forum so there's no point asking. Please note that this forum is full of homophobes, racists, lunatics, schizophrenics & absolute nut jobs with a smattering of geniuses, Chinese chauvinists, Moderate Muslims and last but not least a couple of "know-it-alls" constantly sprouting their dubious wisdom. If you believe that content generated by unsavory characters might cause you offense PLEASE LEAVE NOW! Sammyboy Admin and Staff are not responsible for your hurt feelings should you choose to read any of the content here.

    The OTHER forum is HERE so please stop asking.

Local Politican cheat money - Guess the race?

BuiKia

Alfrescian (InfP)
Generous Asset
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/pelabur-mahu-jawapan-dari-nazem-suki

RPrally2b-jpg_135730.jpg


20110324.090828_sda_unveiled.jpg


Rough Translation:

Poodles are investigating a case of business conflict involving a husband and wife who lead an investment company after complaints made by several company investors of Akrab Group International, which was headed by a married couple, Mohamed Nazem Suki and Noraine Anabi. The company established in September last year by them wanted to raise investment funds in the tourism, food and beverage (F & B), as well as korban (animal sacrifice) activities abroad.

However, the investors lodged the police report when they cannot find the couple as the 'disappeared' over the past few weeks. Nazem is the former Secretary-General of the PKMS. He also pioneered a network called Muslim Action Network Association or the Association of Muslim Action Network (Aman). However, since a few weeks ago, the Facebook pages were no longer active.

The first couple who have lodged the police report had invested $ 10.636 with Akrab Group International. The second couple to invest $ 6,000. Both couples said Akrab company is located at Grandlink Square office in Guillemard Road, and those who invest in the company were made as partners with the company. They later found a lot of discrepancies that occur in the company's business activities and the Aman association, said one investor.

Nazem’s company was working with local tour company, Connection Travel & Tours Pte Ltd, in the field of tourism business but the said tour company denied any business dealings with Akrab and did not receive any money from Akrab.

They then confronted with Mr. Nazem and his wife last month to get explanation about the business and Nazem finally admitted to misappropriating the investment funds that was meant to invest in Akrab businesses. They also promised and swore an oath to refund all the money within 17 days but when the day came, they are nowhere to be seen. The couples went to look for Nazem at his house in Eunos and waited for two hours in a cafe in the East Coast as agreed in their appointment. Once they reached, they saw a group of youths who looked like ‘thugs’ walked towards them. They got scared and left to Bedok police station to lodge complaints and reports.

Media made several unsuccessful attempts to contact Mr. Nazem but finally received a response from him. Nazem agreed to meet for an interview but later changed his mind. He said police advised him not to talk to the media but police denied.

Yesterday, Nazem then asked BH to send a list of questions via e-mail to this newspaper printed but he had yet to respond. Instead, Nazem send SMS saying that would only respond after police completed investigations and will inform the inquiry findings.

22 Feb 2013
Pelabur mahu jawapan dari Nazem Suki
Polis siasat aduan terhadap sepasang suami isteri
Oleh
ROSEBI MOHD SAH

POLIS sedang menyiasat satu kes masalah perniagaan melibatkan sepasang suami isteri yang menerajui sebuah syarikat pelaburan.

Ini menyusuli aduan yang dibuat beberapa orang pelabur syarikat Akrab Group International, yang diterajui pasangan suami isteri itu, Encik Mohamed Nazem Suki, 44 tahun, dan Cik Noraine Anabi, 39 tahun.

Polis mengesahkan kepada Berita Harian (BH) bahawa ia menerima aduan daripada dua pasangan suami isteri yang berasa tertipu selepas melabur dalam perniagaan yang dikendalikan pasangan tersebut.

"Kami sedang menyiasat kes ini," kata seorang pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut.

BH difahamkan terdapat beberapa orang lagi yang turut menghadapi masalah dengan pasangan tersebut dalam urusan perniagaan itu.

Akrab Group International dikatakan ditubuhkan pada September tahun lalu oleh pasangan itu bagi mengumpulkan pelaburan dalam perniagaan pelancongan, makanan dan minuman (F&B), serta kegiatan menjalankan ibadah korban di luar negara.

Namun, menurut maklumat yang diperolehi akhbar ini daripada dua pasangan suami-isteri yang membuat laporan polis itu serta beberapa orang lain, Encik Nazem dan isterinya kini sukar dihubungi atau telah 'menghilangkan diri' sejak beberapa minggu lalu.

Encik Nazem adalah mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).

Beliau juga pernah mencalonkan dirinya sebagai calon bagi GRC Tanjong Pagar dalam Pilihan Raya Umum 2011.

Bagaimanapun, pencalonannya itu dibatalkan kerana kelambatan dalam mengisi butir borang pencalonan.

Encik Nazem juga difahamkan telah mempelopori satu rangkaian yang dinamakan Persatuan Rangkaian Tindakan Muslim atau Association of Muslim Action Network (Aman).

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, laman Facebook yang mereka kendalikan tidak lagi aktif.

Pasangan suami isteri yang membuat laporan polis itu dan meminta agar nama mereka tidak didedah telah melabur $10,636 dengan Akrab Group International.

Pasangan kedua pula melabur $6,000 dengan syarikat tersebut.

Semasa ditemui BH baru-baru ini, kedua-dua pasangan suami isteri yang terjejas itu berkata syarikat Akrab menggunakan pejabatnya di Grandlink Square di Guillemard Road, dan mereka yang melabur dalam syarikat itu dijadikan rakan kongsi syarikat.

"Namun, lama-kelamaan kami mendapati banyak percanggahan yang berlaku dalam kegiatan perniagaan syarikat dan persatuan itu," tambah salah seorang pelabur itu.

Memberi contoh, salah seorang daripada mereka berkata syarikat itu mendakwa ia bekerjasama dengan syarikat pelancongan setempat, Connection Travel & Tours Pte Ltd, dalam bidang perniagaan pelancongan.

"Namun, apabila kami menemui bos syarikat Connection Travel & Tours, beliau menafikan bahawa beliau mempunyai sebarang perjanjian kerjasama perniagaan dengan Akrab.

"Alangkah terkejutnya kami mendengar pendedahan itu. Barulah kami sedar ia bukan satu perniagaan yang lurus. Mereka (Nazem dan isteri) mendakwa memberi $6,000 sebagai modal pelaburan kepada syarikat Connection Travel. Tetapi itu hanyalah satu helah bagi mengaburi kami sedangkan Connection Travel mengaku tidak pernah menerima apa-apa wang daripada Akrab.

"Kami mulai membuat siasatan sendiri dan menanyakan pasangan suami isteri itu dengan lebih banyak soalan mengenai bagaimana perniagaan itu dikendalikan tetapi itu menimbulkan kemarahan mereka," tambah pelabur itu.

Kededua pasangan itu kemudian bersemuka dengan Encik Nazem dan isterinya bulan lalu bagi mendapatkan kepastian mengenai perniagaan tersebut.

"Dengan bukti-bukti yang kami tonjolkan, Nazem akhirnya mengaku kepada kami bahawa beliau dan isterinya telah menggunakan kesemua wang pelaburan yang kami laburkan dalam perniagaan Akrab.

"Mereka juga berjanji dan bersumpah bahawa mereka akan mengembalikan semua wang kami yang telah mereka gunakan dalam tempoh 17 hari, iaitu pada 11 Februari lalu.

"Tetapi apabila tiba hari dan masa yang dijanjikan, batang hidung mereka pun tak nampak," tambah salah seorang daripada mereka dengan nada marah.

Kededua pasangan itu kemudian menaiki kereta masing-masing untuk ke rumah Encik Nazem di kawasan Eunos setelah dua jam lamanya mereka menunggu pasangan tersebut di sebuah kafe di East Coast seperti yang dijanjikan.

"Tetapi sebaik kereta kami sampai berdekatan blok flat mereka, kami melihat sekumpulan pemuda seperti 'samseng' menuju ke arah kededua kereta kami dari kolong blok tempat Nazem dan isterinya tinggal.

"Bimbang akan keselamatan kami, kami segera beredar dari kumpulan pemuda itu dan langsung ke balai polis di Bedok bagi membuat aduan dan laporan," tambah seorang daripada mereka.

Usaha BH yang telah beberapa kali gagal menghubungi Encik Nazem akhirnya menerima respons daripada beliau.

Pada mulanya, Encik Nazem bersetuju untuk ditemui dan diwawancara BH tetapi kemudian mengubah fikiran.

Menurut Encik Nazem, ini kerana pihak polis yang menghubungi beliau bagi mendapatkan penjelasan mengenai kes tersebut telah menasihatinya supaya tidak bercakap dengan pihak media.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, jurucakap polis berkata pihaknya tidak melarang sesiapa daripada bercakap dengan pihak media.

Kelmarin, Encik Nazem meminta BH supaya mengirim senarai soalan menerusi e-mel tetapi sehingga akhbar ini dicetak, beliau belum memberikan respons.

Sebaliknya, Encik Nazem menghantar SMS sambil menyatakan akan hanya menjawab selepas polis selesai dengan siasatannya dan memaklumkan dapatan siasatan itu.
 
Last edited:

garlic

Alfrescian (Inf)
Asset
lol, the initials of his network Muslim Action Network Association (Mana) is most apt to decribe his disappearance and must have given an obvious clue of his scam..
 

saratogas

Alfrescian
Loyal
Business kaput... Run road! The most become a bankrupt & stay in HDB. They can't do anything once you admit being a loser...
 

Narong Wongwan

Alfrescian (Inf)
Asset
PKMS machiam alot of crooks.......the previous case was the cigarette man.
Knn stewpig fuckers.........they dunno anyone who associates with opposition politics is kena mark one?
 

YanDao

Alfrescian (InfP)
Generous Asset
Imagine if this party (PKMS = Singapore UNMO) runs the country.

What do you think will become of us?
 
Top